“Tunggakan Gaji 4 Bulan KL City Tidak Benar” – Khalid Samad
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Situasi yang melanda pasukan Liga Super 2023, KL City FC ketika ini akhirnya dijelaskan oleh pucuk pimpinan tertinggi pasukan.

Menerusi satu sesi sidang media yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 23 Februari 2024, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menjelaskan situasi sebenar pasukan ketika ini.

Katanya, ketika beliau menjadi Menteri Wilayah, beliau telah meluluskan bajet sebesar RM10 Juta melalui DBKL buat The City Boys namun berkurang kepada RM5 Juta pada tahun 2021 dan 2022.

Advertisements

“Pemilihan jurulatih dan pemain berlangsung mengikut bajet yang diberikan (RM10 Juta) namun berdepan kekangan memasuki tahun berikutnya.”

“Kita berada dalam keadaan kesempitan selepas pengurangan bajet. Kita berjaya survive pada tahun 2020 namun berkurangan pada tahun 2021 dan 2022.”

Advertisements

“Pada tahun 2022, rakan kongsi yang dipilih oleh menteri gagal menjalankan tanggungjawab dan mendapat pelbagai insentif namun kewangan tidak masuk kepada pasukan.”

Namun begitu, bagi tahun 2023, kerjasama dengan Rinani tidak dapat dipenuhi seperti yang dirancang sungguhpun pada awalnya menjanjikan 60 peratus namun tidak berterusan hingga akhirnya.

Advertisements

Pada bulan November 2023 yang lalu, KL City telah mengesahkan bahawa berita mengenai tunggakan gaji selama 4 bulan itu tidak benar.

Tunggakan sebenar adalah selama dua bulan bermula Oktober dan November namun memasuki bulan Disember susulan perubahan kalendar.

Advertisements

“Khabar angin tunggakan gaji 4 bulan tidak benar. Kami hanya menunggak selama dua bulan (Oktober dan November) namun membawa ke bulan Disember kerana perubahan jadual dan kontrak pemain juga sehingga bulan November.”

Menurut kenyataan oleh Stanley Bernard tahun lalu, pihak pengurusan KL City tidak akan melampaui batas dan juga memastikan tunggakan gaji akan diselesaikan sebaik mungkin.

“Ya kita tidak pernah menafikan bahawa KL City berdepan tunggakan gaji namun kita tidak pernah melampaui batas yang kita tetapkan. Kita sentiasa berusaha sebaik mungkin.”

“Saya juga meminta maaf kepada para pemain dan barisan kejurulatihan atas perkara ini,” ujar Stanley Bernard dalam satu kenyataan tahun lalu.

Ketika ini, terdapat beberapa khabar angin mengenai perpindahan pemain utama pasukan dengan penjaga gol muda pasukan, Azim Al-Amin telah berhijrah ke Selangor sementara Romel Morales telah menyertai JDT.

Siaran Langsung: Sidang Media KL City

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram