Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan pandangan terhadap impian Selangor menjadi gergasi di Asia.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam satu sesi audio siar Rakita.my.
Ini juga merupakan salah satu agenda pembaharuan yang digerakkan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas melaksanakan penswastaan pasukan itu.
Selangor akhirnya kembali layak ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25 sekaligus menamatkan penantian selama lapan tahun selepas kali terakhir layak ke saingan Piala AFC pada 2016.
Menerusi satu kenyataan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, baginda mencadangkan agar Selangor menghantar surat permohonan kepada AFC.
“Sembah Tuanku Sultan suruh tulis surat dekat AFC dulu.
Baginda juga menyatakan bahawa Selangor baru sahaja memenangi piala ‘kartun’ namun sudah memasang cita-cita untuk menjadi jaguh Asia.
“Baru menang piala kartun buat sendiri dan berangan nak jadi gergasi Asia. Malaysia pun belum lepas,” ujar DYAM Tunku Mahkota Ismail.
Baginda dalam satu kenyataan lain sebelum ini turut berkongsi pandangan terhadap senario yang melanda bola sepak Malaysia ketika ini.