Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memaklumkan perkembangan terbaru mengenai Kim Pan-gon.
Baginda dalam satu kenyataan di laman X memberi jawapan balas kepada @RimauXI mengenai perancangan untuk bertemu dengan pengendali kelahiran Korea Selatan itu.
@RimauXI berhasrat untuk bertemu dengan jurulatih berusia 55 tahun itu untuk berbual secara bersemuka.
DYAM Tunku Ismail memberi jawapan balas dengan memaklumkan bahawa Pan-gon kini dalam perjalanan untuk bertemu dengannya.
“Dia dalam perjalanan nak minum kopi dengan saya ni di St Regis.
“Jemput lah datang sama. Boleh tanya secara bersemuka. Kejap saya call awak. Masih nombor sama ke? 0196525235,” ujar DYAM Tunku Ismail di laman X.
DYAM Tunku Ismail dalam hantaran lain telah memberi jawapan balas kepada pertanyaan pengguna sama berkenaan penggunaan kata bahaya yang dimaksudkan dalam sidang media hari ini.
“Apa susah. Pergi tanya dia (Kim Pan-gon) beramai ramai apa yang dia maksudkan “dangerous”. Penyokong, Ahli politik dan pihak media. Tanya dia apa maksud dia “dangerous.” Nyatakan dengan lebih spesifik.
“Takut kena tembak? takut kena culik? Kena sepak? Terus terang!”
“@RimauXI Awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja. Jadi ini semua lagi satu ciptaan konspirasi teori,” tulis DYAM Tunku Ismail.