Dunia
hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Dalam hantaran di IG Story Tunku Ismail Idris tempoh hari, Tunku telah tampil dengan lantang menjelaskan prinsipnya sebagai individu penting dalam mengurus sesebuah kelab.

Sebagai pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail telah menyelar beberapa persepsi dan tanggapan negatif sesetengah masyarakat yang mengaggap JDT menjadi pasukan yang kaya melalui hasil projek-projek pembangunan di Johor.

Tunku Ismail Idris menjelaskan bahawa Johor Darul Ta’zim adalah sebuah kelab yang berjaya sejak 9 tahun kebelakangan ini. Tambahnya lagi, JDT berjaya mengaut pendapatan dari sudut nilai komersial, pendapatan dari penaja tempatan dan antarabangsa.

Advertisements

“Awak ingat saya ini tiada duit ke? Ini adalah kelab bola sepak paling berjaya dalam negara sejak 9 tahun kebelakangan ini dari segi nilai komersial, pendapatan dari penaja tempatan dan antarabangsa, meraih kejuaraan dan pembangunan bola sepak.”

Tunku tegas menyatakan bahawa JDT bukanlah sesebuah kelab yang memberi harapan palsu kepada penyokong. Tunku Ismail juga menegur tindakan sesetengah pihak pengurusan yang mengambil kesempatan terhadap kerajaan negeri.

“JDT bukan kelab yang memberi janji-janji manis atau palsu kepada penyokong. Ambil duit kerajaan sedangkan negeri sendiri ada masalah air. Lebih baik peruntukan tersebut digunapakai untuk memberi air kepada rakyat Selangor dan jaga rakyat,” jelas Tunku Ismail.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram