Tunku Ismail: Kelab Mesti Jaga Kebajikan Pemain, Full Stop!
Dunia
MakanBola
TheStar.com.my
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris menjawab soalan yang dilontarkan oleh @tbfbola berkenaan polisi kelab terhadap pemain yang mengalami kecederaan atau kesihatan yang teruk.

“Johor Darul Ta’zim pupuk pemain kembali dapatkan kecerdasan, contohnya hantar keluar negara untuk rawatan dan sambung kontrak.”

Advertisements

“Pemain seperti Gary dan Azrif mempunyai kecederaan jangkamasa panjang namun mereka menerima rawatan profesional dan kontrak mereka juga disambung tanpa pemotongan gaji.”

“Kelab mesti jaga kebajikan pemain. Noktah!

Advertisements

Sebelum ini tular berkenaan situasi salah seorang pemain salah sebuah kelab Liga Super yang dikatakan gajinya bakal dipotong dan ianya berjaya menarik perhatian Tunku Ismail.

Advertisements

Tunku Ismail turut menjelaskan bahawa bola sepak Malaysia terlalu kecil dan semuanya berkawan antara satu sama lain dan persoalan berkaitan gaji, bonus dan lain-lain bukan sesuatu yang mudah untuk dirahsiakan.

Kredit gambar: TMJ eyeing a stake in Red Devils, TheStar.

News Comments Account