Baru-baru ini telah tular satu kenyataan daripada beberapa pihak berhubung isu pemilihan ketua jurulatih Harimau Malaya. Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris dikatakan memilih Bojan Hodak untuk mengemudi pasukan kebangsaan.
Namun hari ini Tunku Ismail telah mengeluarkan kenyataan rasmi di IG Story dimana baginda menafikan dakwaan yang dikeluarkan itu. Pemilik JDT itu menjelaskan bahawa dirinya tiada kaitan sama sekali dengan pasukan kebangsaan.
“Tidak benar! Saya tiada kena mengena dengan pasukan kebangsaan dan tiada pendapat.”
Tunku Ismail Idris dalam pada itu menegaskan bahawa beliau buat masa sekarang hanya menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membantu mangsa banjir. Menurutnya baginda telah menerima laporan terbaru tentang status aras air di Johor.
“Buat masa ini, keutamaan saya adalah membantu mangsa banjir dan membuat persiapan jikalau Johor. Terima kasih,” tegas Tunku Ismail.