Tunku Ismail: Saya Diam Pasal Ramai Sangat Orang Pandai Yang Komen Pasal Bola Sepak
Dunia
HRHJohorII
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris hari ini mengeluarkan satu ciapan di Twitter bagi mengulas isu yang sedang melanda bola sepak kini.

Menurut Tunku Ismail, baginda kini sedang giat mengurus dan membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir. Situasi banjir di Johor ketika ini menjadi fokus utama bagi Tunku Ismail namun terdapat segelintir peminat bola sepak tempatan yang bertanyakan beberapa isu berkenaan bola sepak.

“Orang tengah sibuk dengan issue banjir di Johor. Ada pula fan bola tanya pasal pasukan kebangsaan, pasal FAM, jurulatih, JDT, pasal Melaka tak bayar gaji,” ciap Tunku Ismail.

Advertisements

Tunku Ismail turut menjelaskan bahawa pada waktu dan ketika ini, baginda tidak berkesempatan untuk berbicara perihal bola sepak. TMJ turut menyindir sesetengah pihak yang dilihat lebih ‘bijak’ serta tahu menahu tentang bola sepak.

“1st, saya tiada masa untuk bolasepak buat masa ini. 2nd saya diam pasal ramai sangat orang pandai yang komen pasal bola sepak, ciap Tunku Ismail.”

Dalam pada itu, hari ini telah tular di media sosial beberapa kenyataan yang menggesa pihak pengurusan Melaka United melunaskan bayaran tunggakan gaji para pemain. Tunku Ismail yang dikenali dengan sikap keprihatinan tinggi telah mengirim satu pesanan kepada Menteri Besar Melaka, Datuk Sulaiman menerusi aplikasi Whatsapp.

https://twitter.com/hrhjohorii/status/1480925199805595651?s=21

“Dato, pasukan Melaka tidak bayar gaji pemain sudah 3 bulan. Tak bagus untuk image integrity pasukan Melaka dan juga kebajikan serta welfare players. Tolong selesaikan issue ini Dato. Terima kasih,” tulis Tunku Ismail.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram