Tunku Ismail: Saya Suka Serie A
Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi Tunku Ismail Idris, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim itu menyatakan rasa teruja terhadap liga bola sepak utama di Itali, iaitu Serie-A. Tunku Ismail menzahirkan kesukannya itu dalam satu ciapannya di Twitter.

“I like Serie A”, kata Tunku Ismail.

Ciapan itu dibuat TMJ ketika memberi respon kepada pemilik akaun @juanbudiman yang dilihat seakan-akan memberi hint tentang pemain-pemain baharu yang bakal memperkuat Johor Darul Ta’zim musim ini. Dikhabarkan JDT bakal diperkuatkan dengan para pemain yang pernah beraksi di Serie A.

Advertisements

Tiga gambar yang turut diciap itu termasuklah foto bekas pemain Johor Darul Ta’zim, Luciano Figueroa yang memakai jersi Genoa FC, pertahanan JDT Mauricio ketika di Lazio dan seorang lagi pemain Lazio FC.

Lima hari yang lalu, Juan Budiman juga telah membuat ciapan yang menyatakan bahawa pemenang anugerah pemain paling bernilai ABK 2021, Arif Aiman bakal digandingkan dengan seorang penyerang dari liga Serie A.

Walaubagaimanapun, setakat ini pihak Johor Southern Tigers masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung senarai nama pemain skuad Johor Darul Ta’zim 2022. Skuad JDT dimaklumkan akan mula lapor diri untuk memulakan kempen pre-season pada 8 Januari ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram