Advertisements
Tunku Ismail Seorang Ketua Yang Baik & Prihatin
Inspirasi
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dikatakan sebagai seorang ketua yang baik dan prihatin.

Perkara tersebut dikongsikan oleh penyerang JDT yang kini dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad.

Umum mengetahui Syafiq dan keluarga telah melalui detik hitam pada Disember 2020 apabila ditimpa kemalangan ngeri yang mengakibatkan tiga individu terkorban.

Dari hemat Syafiq, selain isteri, keluarga dan rakan-rakan, Tunku Ismail juga merupakan individu yang menyokong dirinya untuk kembali bermain bola sepak walaupun pernah terdetik untuk menggantung but selepas kejadian tersebut.

“Tunku Ismail pun bagi sokongan. Dia (Tunku Ismail) mesej dan hubungi saya tanya apa yang saya perlukan (selepas kemalangan). Dia tanya, Syafiq, apa yang kau perlukan? Kau cakap saja, kau nak rehat, kau rehat. Kau betul-betul pulih, kalau kau nak balik (main JDT), kau balik.

“Kalau kau nak rehat sampai bila-bila pun, aku akan sokong kau. Apa yang kau nak minta, kau minta saja. Alhamdulillah saya dapat ketua (Tunku Ismail) yang baik. Saya bersyukur,” jelas Syafiq kepada Astro Gempak ketika menceritakan detik dihubungi Tunku Ismail selepas kejadian hitam tersebut.

Biarpun tegas dalam bekerja namun kebaikan dan keprihatinan Tunku Ismail sebagai seorang ketua nyata boleh dijadikan contoh buat semua pihak.