TMJ Taja Rumput Baharu Stadium Nasional Bukit Jalil
Dunia
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah mengumumkan akan menaja kos penanaman rumput baharu Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai satu pemberian hadiah daripada baginda.

Rumput baharu yang bakal digunakan di Stadium Bukit Jalil tersebut adalah jenis Zeon Zoysia, iaitu jenis rumput yang sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim milik kelab Johor Darul Ta’zim. Sebelum ini Stadium Bukit Jalil menggunakan jenis rumput cow grass.

Malah pihak SNBJ turut pernah menggunakan beberapa jenis rumput seperti bermuda, paspalum selain cow grass namun menghadapi cabaran dalam menjaga kualiti rumput ekoran faktor persekitaran menurut laporan Utusan yang terdahulu.

Advertisements

Dalam kenyataan rasmi Tunku Ismail menerusi laman Instagram JDT, baginda turut mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil layak untuk perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa.

Tunku Ismail turut meminta pihak berkuasa stadium agar penjagaan padang dilakukan dengan rapi dan sebaik mungkin. “Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak.” titah baginda.

Kenyataan baginda ini rata-rata menerima respon positif daripada para penyokong bola sepak tempatan dalam memastikan kualiti bola sepak negara terus terjaga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram