DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memberikan kejutan besar kepada peminat Johor Darul Ta’zim (JDT).
Baginda dalam satu kenyataan baru-baru ini tidak menolak kemungkinan bahawa ada usaha untuk memastikan skuad Harimau Selatan untuk beraksi di Arab Saudi bagi perlawanan pra-musim.
”(Pra-musim ke Arab Saudi) memang dah ada dalam perancangan,” balas DYAM Tunku Mahkota Ismail terhadap pertanyaaan peminat di laman X.
Bukan itu sahaja, Tunku Ismail turut memaklumkan bahawa peluang untuk beraksi menentang jaguh Perancis, Paris Saint Germain (PSG) berpotensi untuk menjadi kenyataan.
“PSG 100%. (Aksi pra-musim JDT dan PSG sama ada) tahun ini atau tahun depan,” katanya di X.
Pada tahun ini, JDT telah menjalani aksi pra-musim di Sepanyol dengan 7 perlawanan kompetitif menentang pasukan terkemuka di sana telah berlaku.
Aksi pra-musim di Arab Saudi juga membuka satu lagi potensi untuk melihat JDT menguji kelab gergasi Saudi Pro League seperti Al-Nassr, Al-Ittihad dan juga Al-Hilal.