Advertising
Tunku Ismail ‘Usik’ Giancarlo Gallifuoco
MakanBola
DYAM Tunku Ismail/KL City FC

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengusik bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco tentang rekod tanpa kalah pasukan Lembah Klang itu.

KL City kekal tanpa kalah dalam lima perlawanan apabila meraih kemenangan 3-2 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ad

Paulo Josue dan Sean Giannelli masing-masing menyumbat gol buat The City Boys. Milos Gordic dan Fadzrul Danel membalas buat Kedah.

Ad

Selepas perlawanan, Gallifuoco memuat naik gambar KL City kini belum tewas dalam lima perlawanan di X.

Ini mendorong Tunku Ismail memuat naik komen ini, “Bila anda sampai 80 (perlawanan), maklumkan kepada saya.”

Ad

Bekas bek tengah Melbourne Victory itu tidak kering gusi membaca usikan baginda. Pada masa sama, Gallifuoco memaklumkan beliau akan berusaha membantu KL City mencapai penanda aras yang ditetapkan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ad

“Masih jauh lagi! Tapi sedikit demi sedikit. Saya akan bekerja keras setiap hari untuk membantu pasukan saya untuk hampiri rekod itu sebaik yang mungkin! Itulah penanda aras (buat pasukan),” ujarnya.

Ad

Sebaik melihat maklum balas bersemangat bek tengah KL City, Tunku Ismail membalas, “Itulah semangat yang kita nak. Bagus untuk anda.”

Sejak menyertai KL City pada 2020, Gallifuoco sudah merekodkan 111 penampilan, empat gol dan satu bantuan gol.

Beliau juga merupakan antara calon naturalisasi yang berpotensi mewakili Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments