Ubaidullah Rungkai Dua Pendekatan Hassan Sazali Julang Takhta AFF
Dunia
Sportflex
Advertisements

Pemain bawah 19 tahun kebangsaan, Ubaidullah Shamsul merungkai dua pendekatan pengendali skuad bawah 19 tahun negara, Hasaan Sazali ketika membawa pasukan itu menjulang kejuaraan AFF tempoh hari.

Menerusi satu temubual ekslusif bersama MakanBola, Ubai mengakui sistem sistematik dan tersusun menjadi kunci kepada kemenjadian pasukan. Tonggak pertahanan berbakat itu turut menyatakan bahawa doa merupakan senjata ampuh pasukan setiap kali memulakan latihan. 

“Apa yang istimewa bagi saya ialah bacaan doa sebelum dan selepas latihan yang diterapkan oleh barisan kejurulatihan. Selain itu, sistem yang begitu sistematik dan tersusun amat baik mengikut kesesuaian pemain.”

Advertisements

Beliau dalam pada itu menjelaskan taktikal yang diterapkan Hassan Sazali sebenarnya lebih kepada penguasaan bola dan transisi dalam permainan. Keharmonian pasukan turut terjalin dengan amat baik antara pemain dan barisan kejurulatihan.

“Dari segi taktikal pula tiada perbezaan ketara, kami lebih kepada penguasaan bola dan transisi Attacking-Defending, Defending-Attacking.”

“Selain itu, barisan kejurulatihan dan pemain sangat terbuka dan boleh bergaul dengan baik. Tak jadi masalah untuk kami duduk makan semeja bersama ketua jurulatih dan pengurus,” ujar Ubaidullah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram