Advertisement
Ubaidullah Shamsul Bina Karakter Lebih Hebat Selepas Aksi Dua Final
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Pertahanan muda Terengganu FC, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili mengakui dapat membina karakter yang lebih hebat selepas beraksi di final kedua Piala Malaysia musim lalu sebagai pemain muda.

Pemain berusia 21 tahun itu menjelaskan pengalaman beraksi ketika kecederaan waktu final kedua, mematangkan beliau untuk terus belajar melakukan yang terbaik di masa hadapan.

Walaupun kini beliau diserap untuk bersama pasukan utama, beliau tidak menolak pentas Piala MFL, oleh kerana pentas itu telah membantu dirinya meningkatkan prestasi sepanjang musim lalu.

“Ya, itu semestinya satu pengalaman yang cukup berharga dan mungkin susah dah nak ulangi pengalaman seperti itu,” ujarnya.

“Walaupun final kedua (Piala Malaysia) saya beraksi dengan sedikit kecederaan tetapi situasi ini mematangkan saya untuk saya lebih belajar selepas ini.”

“Aura final itu sendiri memang berbeza dan sebagai pemain muda, ianya menjadi semangat kepada saya untuk melakukan dengan lebih baik lagi,” katanya kepada MFL.

Untuk rekod, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu merupakan graduasi dari skuad Projek FAM-MSN.

Beliau juga merupakan bekas kapten kedua dari skuad yang berjaya direkrut TFC selepas Safwan Mazlan. Kini kedua mereka sudah berada di skuad senior TFC dan ia adalah satu kemajuan karier yang bagus untuk pemain muda.