Ubi Muda Terengganu Jadi Wira Skuad Negara Tewaskan Penang FC
Asia
Football Association Malaysia
Advertisements

Aksi persahabatan semalam menyaksikan skuad muda negara telah menewaskan pasukan Penang FC di Arena MBPJ, Subang Jaya dengan keputusan 2-1.

Skuad kendalian Brad Maloney ketika ini sedang menjalani fasa persediaan sebelum berlepas ke Mangolia minggu hadapan. 3 siri perlawanan persahabatan telah diatur bagi membantu meningkatkan chemistry dalam pasukan.

Apa yang mencuri tumpuan adalah, kemasukan dua orang pemain Terengganu FC dalam perlawanan semalam jelas membuahkan hasil apabila mereka masing-masing berjaya meledak gol buat pasukan. Kepercayaan yang diberikan oleh Brad Maloney dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain-pemain ini.

Advertisements

Penyerang yang sedang menempa nama dalam arena bola sepak, Shafik Ismail telah menjaringkan gol pertama pasukan sekaligus berjaya menyamakan kedudukan ketika itu. Gol yang terhasil pada minit ke-71 itu sedikit sebanyak telah menyuntik semangat pemain-pemain untuk mengasak dengan lebih agresif.

Usaha itu nyata membuahkan hasil apabila pada minit ke-86, bintang muda Terengganu FC, Nik Akif Syahiran berjaya menyempurnakan satu jaringan dan menatijahkan kemenangan buat pasukan. Ledakan Nik Akif sekaligus telah meranapkan impian Penang FC untuk mencipta kemenangan.

Dalam pada itu skuad muda negara telah tewas kepada Negeri Sembilan, 2-1 dalam aksi pertama perlawanan persahabatan tempoh hari. Skuad ini bakal berdepan Kedah Darul Aman FC bagi perlawanan persahabatan terakhir pada Isnin depan.

Advertisements

Perlawanan persahabatan seperti ini amat penting bagi memudahkan Brad Maloney mencari skuad dan kesebelasan utama terbaik untuk mengharungi saingan kelayakan Piala Asia bawah 23 kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram