Ucapan Bermakna Tunku Ismail Buat Joao Figueiredo
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ucapan bermakna dari Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada tonggak penting kelab, Joao Figueiredo.

Skuad Harimau Selatan telah menamatkan musim cemerlang selepas mengekalkan empat trofi liga domestik sekali gus mengekalkan dominasi di Malaysia.

JDT baru-baru ini muncul juara Piala Malaysia 25-26 yang menjadi koleksi keempat berturut-turut selepas membenam cabaran Kuching City FC dengan keputusan 2-0 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Baru-baru ini, DYAM Tunku Ismail dikesan meninggalkan ucapan indah buat pemain serangan pasukan, Joao Figueiredo yang terlepas baki aksi musim ini bersama JDT.

Pada satu hantaran ulang tahun kelahiran oleh laman Johor Southern Tigers, DYAM Tunku Ismai meninggalkan ucapan selamat hari jadi buat pemain berusia 30 tahun itu.

“Selamat hari lahir juara,” ujar DYAM Tunku Ismail.

JDT juga menzahirkan penghargaan terhadap Figueiredo menerusi satu hantaran klip video aksinya sempena hari bermakna pada tahun ini.

Untuk rekod, Joao sempat beraksi sebanyak 9 perlawanan Liga Super, merekodkan tujuh jaringan dan tiga bantuan gol selain cemerlang merekodkan tiga jaringan pada aksi kumpulan ACC Shopee Cup 25-26.