Advertising
Ucapan Menyentuh Hati Dion Cools Kepada Kim Pan-gon
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools menyatakan penghargaan buat bekas pengendali pasukan itu, Kim Pan-gon.

Jurulatih berusia 55 tahun itu mencipta kejutan dengan mengumumkan perletakan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Malaysia dalam satu sidang media pada 16 Julai lalu.

Ad

Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pau Marti Vicente sebagai pemangku jurulatih dan dibantu penolong jurulatih, E. Elavarasan.

Ad

Ramai penggiat bola sepak negara terutama bintang Harimau Malaya terkejut dengan keputusan yang diambil Pan-gon. Salah seorang daripadanya ialah Cools.

Sepanjang tempoh dua tahun enam bulan Pan-gon mengendalikan pasukan, pemain pertahanan berdarah Belgium-Sarawak itu kerap dipilih sebagai kapten skuad negara.

Ad

Meskipun sedih dengan pemergian jurulatih Korea Selatan itu, Cools menghargai jasa Pan-gon kepada Harimau Malaya. Atas sebab itu, beliau mengucapkan selamat berjaya kepada bekas jurulatih Hong Kong itu.

Ad
5e5c5122 6fba 4a7e 962c d6c50b9514aa Ucapan Menyentuh Hati Dion Cools Kepada Kim Pan-gon

“Terima kasih atas segala-galanya. Saya ucapkan selamat berjaya kepada anda,” katanya menerusi satu catatan di Instagram Story.

Ad

Cools ketika ini sibuk menjalani program pra-musim bersama Buriram United sebagai persediaan menghadapi musim baru Thai League 1.