Dunia
Renan Alves
Advertisements

Pemain pertahanan tengah pasukan Kedah Darul Aman FC, Renan Alves telah memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya yang menunjukkan ucapan perpisahan terakhirnya buat dua rakan sepasukan yang sudah pun sebati dengan pasukan sejak sekian lama.

Dua pemain tunjang pasukan kendalian Aidil Sharin itu sudah pun membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan iaitu pemain pertahanan kanan, Rizal Ghazali dan juga kapten dan lagenda Kedah, Baddrol Bakhtiar juga mengambil keputusan untuk ‘angkat kaki ‘.

Ini susulan usaha pasukan Sabah di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee yang dilihat melakukan perubahan secara besar-besar termasuklah dengan membawa dua nama besar buat gergasi utara ini ke pasukan di bawah bayu itu.

Advertisements

Namun begitu, apa yang mendapat perhatian para penyokong bola sepak tanah air ialah hantaran yang dilakukan oleh pertahanan bertubuh sasa itu apabila beliau menyatakan bahawa kedua-dua pemain ini merupakan satu kehilangan besar buat pasukannya.

Bukan itu sahaja, ia menunjukkan bahawa ikatan persahabatan yang telah terjalin sudah lebih daripada hanya sebagai rakan sepasukan, malah ianya sudah seperti sahabatnya baik dan juga adik-beradik yang sukar dipisahkan.

‘Ianya satu kebanggaan untuk berkongsi kehidupan saya selama tiga tahu bersama kamu berdua. Saya sangat bertuah kerana dapat mengenali kalian dan memanggil kalian sebagai Abang.’

Advertisements

Beliau juga sempat menyatakan bahawa beliau akan sentiasa mendoakan kejayaan buat dua sahabat baiknya itu terutamanya dalam perjalanan kariernya selepas membuat keputusan untuk tidak lagi bersama pasukan Kedah bagi saingan musim hadapan.

Renan juga menutup ucapan syahdunya dengan mengucapkan terima kasih atas segala yang telah mereka lalui bersama dan juga diakhiri dengan ‘I love you’ buat Rizal dan juga Baddrol.

Ini juga disusuli respon oleh kedua pemain tersebut di ruangan komen hantaran tersebut berbentuk emoji yang dilihat turut menggambarkan perasaan sedih untuk berpisah setelah sekian lama bekerja sebagai satu pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram