UCL: AC Milan Bangkit Tundukkan PSG
UEFA Champions League
AC Milan
Advertisements

Kelab gergasi Itali, AC Milan menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik UCL dengan menewaskan kelab gergasi Perancis, PSG hari ini.

Dengan kedudukan dalam Kumpulan F masih terbuka, kedua-dua pasukan tahu kemenangan dalam perlawanan hari ini penting jika mahu layak ke pusingan seterusnya.

Babak pertama menyaksikan Milan bermula dengan langkah kiri. Bekas pemain Inter Milan, Milan Skreniar mudah menyempurnakan hantaran bek tengah Marquinhos bagi meletakkan pelawat di hadapan pada minit kesembilan.

Advertisements

Bagaimanapun, keceriaan pelawat tidak bertahan lama. Penyerang Rossoneri, Rafael Leao melakukan menyamakan kedudukan pada minit ke-12.

Penjaga gol PSG, Gianluigi Donnaruma menyangka telah berjaya menghalang percubaan Olivier Giroud. Namun begitu, bola muntah dari tepisannya itu mudah disepak Leao bagi menjadikan kedudukan 1-1.

Bekas penyerang Barcelona, Ousmane Dembele hampir meletakkan Les Parisien di hadapan pada minit ke-27. Bagaimanapun, percubaan derasnya itu mengenai palang.

Advertisements

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi memburu gol tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, giliran Milan pula mendahului PSG pada minit ke-50.

Kelebihan fizikal yang dimiliki Giroud membolehkan beliau menanduk bola hantaran Theo Hernandez melepasi Donnaruma.

Advertisements

Gol tersebut turut menjadikan bekas penyerang Chelsea itu sebagai penjaring gol UCL tertua dari Perancis dengan rekod usia 37 tahun 38 hari seperti didedahkan Get French Football News.

Tersentak, pengendali PSG, Luis Enrique membuat beberapa pertukaran bagi mendapatkan gol penyamaan.

Malangnya, barisan pertahanan Rossoneri diketuai bek tengah England, Fikayo Tomori memastikan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga Kumpulan F dengan mengumpul enam dan lima mata.

Sofascore memilih Leao sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan markah 8.0 mata.

Sementara Skriniar dan Dembele pula dipilih sebagai pemain terbaik PSG dengan kedua-duanya mendapat 7.6 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram