Advertisement
UCL: Arsenal Gah Tundukkan Sevilla
UEFA Champions League
MakanBola
Sevilla FC

Arsenal kini selangkah ke peringkat kalah mata saingan UCL apabila berjaya menundukkan Sevilla 2-0 di Stadium Emirates.

Arteta mempertaruhkan kesebelasan terbaik beliau dalam misi meraih 3 mata berharga di pentas eropah.

Arsenal menurunkan gandingan serangan Saka-Trossard-Martinelli untuk perlawanan ini.

Leandro Trossard memecah kebuntuan pada minit ke-29 perlawanan untuk gol pertama Arsenal setelah menerima bola hantaran Bukayo Saka.

Arsenal jelas mendominasi perlawanan pada babak pertama apabila banyak kali gerakan serangan banyak dilancarkan ke arah gawang gol Sevilla.

Giliran Saka pula menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-64 hasil hantaran Gabriel Martinelli.

Sevilla gagal mengatasi dominasi penguasaan bola oleh Arsenal dan hanya melakukan 1 percubaan sahaja dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Arsenal berjaya menewaskan Sevilla 2-0 untuk terus berada ditangga pertama kumpulan B saingan Liga Juara-Juara Eropah.