UCL: Borussia Dortmund Buat Newcastle United Pulang Tangan Kosong
UEFA Champions League
Reuters
Advertisements

Borussia Dortmund berjaya menewaskan cabaran Newcastle United untuk meraih 3 mata berharga dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dortmund mempertaruhkan Fullkrug selaku penyerang utama pasukan manakala Calum Wilson pula menjadi penggempur utama Newcastle.

Hantaran Marcel Sabitzer berjaya ditanduk masuk Fullkrug untuk gol pertama Dortmund pada minit ke-26.

Advertisements

Dortmund mendominasi untuk babak pertama apabila beberapa serangan berbahaya berjaya dilakukan krlab tersebut ke atas gawang Newcastle.

Julian Brandt mengukuhkan kedudukan jaringan Dortmund setelah menyempurnakan hantaran Karim Adeyemi pada minit ke-79.

Advertisements

Dortmund berjaya melakukan 17 percubaan ke atas gawang gol Newcastle manakala Newcastle hanya mencatat 10 percubaan dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Dortmund menang ke atas Newcastle 2-0 hasil jaringan Fullkrug dan Brandt.

Advertisements

Dortmund kini berada ditangga pertama kumpulan F dengan kutipan 7 mata.

Newcastle pula sekadar mengutip 4 mata dalam 4 perlawanan dan kini berada ditangga terakhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram