UCL: Chelsea Hilang Khidmat Pemain Utama Bertemu Juventus
Dunia
ChelseaFC
Advertisements

Pemain tengah Chelsea, N’golo kante sah akan terlepas aksi menentang pasukan gergasi Itali, Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah esok. 

Pemain kelahiran Perancis itu telah didapati positif Covid-19 dan kini beliau sedang menjalani kuarantin bagi tujuan pemulihan. 

Tuchel mengatakan bahawa Kante tidak menjalani latihan di Cobham sebelum ini bagi persiapan untuk perlawanan Liga Juara-Juara dan perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Southampton pada sabtu akan datang. 

Advertisements

Dalam pada itu, Tuchel juga mengesahkan bahawa Christian Pulisic mengalami kecederaan buku lali dan masih tidak pulih sepenuhnya sejak tamat mewakili pasukan antarabangsa Amerika Syarikat bagi saingan kelayakan piala dunia yang lalu. 

Selain itu, Reece James juga antara pemain yang tidak akan diturunkan berikutan kecederaan buku lali yang dialami ketika menentang Manchester City tempoh hari. 

Menurut Tuchel, pemain harapan The Blues, Mason Mount yang terlepas aksi perlawanan menentang Manchester City sebelum ini gara-gara ‘kecederaan ringan’ mungkin memaksanya untuk melupakan aksi menentang pasukan kendalian Massimiliano Allegri di Turin esok.

Advertisements

Chelsea akan berkunjung ke Juventus Stadium bagi perlawanan timbal pertama pagi khamis ini. Situasi yang berlaku ini pasti menambah kerisauan buat peminat Chelsea.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram