Advertising
UEL: Magis Xabi Alonso Bawa Bayer Leverkusen Ke Final Tewaskan AS Roma
Eropah
MakanBola
Bayer Leverkusen

Bayer Leverkusen yang mendapat sentuhan Xabi Alonso mencipta sejarah dengan berjaya melangkah ke pentas akhir Liga Europa UEFA (UEL) selepas menundukkan kelab Itali, AS Roma awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat mereka bagi mengejar slot ke final. AS Roma perlu melakukan sesuatu dalam aksi timbal balik ini selepas tewas pada separuh akhir pertama dengan keputusan 0-2.

Ad

Perlawanan dimulakan dengan Leverkusen dilihat lebih bernafsu dengan beberapa gerak serangan merbahaya di awal permainan.

Ad

Exequiel Palacios mempunyai peluang keemasan untuk meletakkan Leverkusen di hadapan pada minit ke-15 namun rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol.

AS Roma yang diserang sepanjang separuh masa pertama akhirnya berjaya di hadapan melalui sepakan penalti Leandro Paredes pada minit ke-42. Sepakan penalti itu dihadiahkan selepas Sardar Azmoun ditarik di dalam kotak penalti.

Ad

Jaringan penalti itu menutup separuh masa pertama dengan AS Roma mendahului 1-0 dan merapatkan agregat menjadi 2-1.

Ad

Bersambung babak kedua, AS Roma seolah-olah mendapat tonik baharu dengan beberapa serangan merbahaya dilancarkan ke kubu Leverkusen.

Ad

Serangan bertali arus AS Roma akhirnya membuahkan hasil selepas mereka dihadiahkan satu lagi sepakan penalti pada minit ke-66 selepas bola terkena tangan pemain Leverkusen di kawasan penalti.

Paredes sekali lagi mengambil tanggungjawab dengan menyempurnakannya untuk kali kedua dalam perlawanan ini sekali gus membawa Roma 2-0 di hadapan.

Leverkusen kembali mengatur serangan bagi menghidupkan peluang ke final selepas agregat kini terikat 2-2.

Pada minit ke-82 pertahanan kental Roma, Gianluca Mancini telah melakukan kesilapan dengan tertampan bola ke gawang sendiri untuk memberikan jaringan pertama Leverkusen dalam perlawanan ini.

Mendahului 3-2 secara agregat, Leverkusen tidak mengendurkan asakan dan tetap memburu gol selagi wisel penamat belum ditiupkan.

Leverkusen akhirnya berjaya meledak jaringan kedua di minit-minit terakhir perlawanan melalui penyudah Josip Stanisic yang menggelecek beberapa pertahanan Roma sebelum merembat deras menewaskan Mile Svilar di gawang Roma.

Perlawanan ditamatkan dengan kedudukan terikat 2-2 sekali gus melayakkan Leverkusen ke pentas akhir dengan agregat 4-2.

Leverkusen bakal berdepan satu lagi kelab Itali iaitu Atalanta yang turut mara ke pentas akhir selepas menewaskan Marseille di peringkat separuh akhir.