Ukraine Belasah Skuad Muda Indonesia
Eropah
MakanBola
Tournoi Maurice Revello
Advertisements

Skuad muda Indonesia membuka kempen Toulon Cup dengan langkah kiri apabila tewas kepada Ukraine dalam aksi pertama Kumpulan B semalam.

Penyertaan skuad Indonesia Bawah 20 Tahun (B-20) dalam kejohanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan untuk kelayakan Piala Asia B-20 2025.

Advertisements

Jurulatih Merah Putih, Indra Sjafri menurunkan beberapa pemain warisan dalam kesebelasan utama seperti Welber Jardim, Dion Markx dan Sem Yvel.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan gawang Indonesia bocor seawal minit kesembilan menerusi pemain tengah Metalist Kharkiv, Hennadiy Synchuk.

Tersentak, Indonesia cuba bangkit memburu gol penyamaan tetapi tidak berhasil. Sebaliknya, Ukraine menggandakan kelebihan mereka menerusi Mykola Mykhaylenko pada minit ke-30.

Advertisements

Merah Putih terus memberi tekanan kepada Ukraine untuk merapatkan jurang. Walau bagaimanapun, Ruslan Nescheret memastikan keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Indonesia terus berusaha merapatkan jurang dengan pasukan dari Eropah Timur itu.

Advertisements

Meskipun Nescheret digantikan dengan penjaga gol gantian, Heorhiy Yermakov selepas rehat, Indonesia masih gagal menembusi gawang Ukraine.

Ukraine terus menambah derita Merah Putih dengan menyumbat gol ketiga menerusi Oleh Fedor pada minit ke-59.

Advertisements

Ukraine terus berusaha menambah kelebihan jaringan mereka tetapi keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Ukraine mendahului Kumpulan B dari segi jaringan dengan Indonesia di tangga kelima kumpulan.

Selepas ini, Ukraine akan menentang Itali esok untuk aksi kedua kumpulan. Sementara Indonesia pula menentang Panama pada 7 Jun.

News Comments Account