Ulsan Hyundai Bergelar Juara K-League 2022
Dunia
Ulsan Hyundai FC
Advertisements

Ulsan Hyundai secara rasminya bergelar selaku juara Liga Korea apabila menumpaskan Gangwon FC dengan keputusan 2-1.

Pasukan yang pernah menjadi lawan JDT dalam peringkat kumpulan ACL ini terus membuktikan kualiti dan kemampuan mereka untuk merangkul kejuaraan di tempat sendiri.

Pada aksi terakhir hari ini, mereka telah pun menoktahkan kemenangan ke-22 musim 2022 sekaligus menbawa kepada pungutan mata keseluruhan sebanyak 76 mata, 6 mata meninggalkan pesaing terdekat, Jeonbuk Hyundai di tempat kedua.

Advertisements

Pertemuan dengan Gangwon menyaksikan mereka turun dengan kesebelasan terbaik dalam memastikan 3 mata berada dalam genggaman pasukan.

Mereka bangkit daripada ketinggalan 1-0 pada separuh masa kedua menerusi Won-sang Eom dan Martin Adam untuk menutup peluang tuan rumah meraih kemenangan di laman sendiri.

Jeonbuk memungut 76 mata secara keseluruhannya selepas 37 perlawanan untuk mengesahkan slot ke pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama naib juara liga.

Advertisements

Pasukan di tangga ketiga, Pohang Steelers  pula akan memasuki pusingan kelayakan ke ACL musim hadapan dan berpeluang menjadi wakil ketiga Korea dalam kejohanan tersebut.

Ulsan Hyundai akhirnya berjaya mengulangi pencapaian ini selepas kali terakhir bergelar juara liga pada tahun 2005 sekaligus menambah koleksi kejuaraan ketiga buat kelab.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram