Ads
ACL
AFC

Pasukan K1 League, Ulsan Hyundai menerima tamparan hebat selepas tewas mengejut kepada Gawangju pada aksi ke-30 liga.

Advertisements

Skuad bimbingan Hong Myung-bo turun dengan kesebelasan terbaik di gelanggang lawan dalam misi mencuri mata penting.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gwangju itu menyaksikan aksi babak pertama berlangsung dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.

Advertisements

Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, giliran tuan rumah mendominasi selepas beberapa percubaan penting yang hampir menggegar jaring.

Advertisements

Ketika aksi berbaki dua minit, penyerang Gwangju FC, Kun Hee-lee melakar kejutan apabila menjaringkan gol pada minit ke-88 untuk memastikan tiga mata menjadi milik tuan rumah.

Kekalahan ini sudah pasti memberi tamparan hebat kepada Ulsan Hyundai yang bakal berdepan JDT pada 24 Oktober 2023 di laman sendiri.

Advertisements

Ulsan bagaimanapun kekal memimpin carta liga dengan kelebihan 8 mata mengatasi pasukan kedua, Pohang Steelers.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram