Ultras Riau Ugut Mahu Kacau Perniagaan Zamsaham
Dunia
curvanord1955_official
Advertisements

Gara-gara tidak dapat menyaksikan perlawanan persahabatan melibatkan Kelantan FC dan PSPS Riau, Ultras Riau menerusi satu muat naik di akaun Instagram mengugut mahu menggangu perniagaan milik ahli perniagaan dari Malaysia, Norizam Tukiman (Zamsaham).

Zamsaham yang merupakan pemilik Kelantan FC dan PSPS Riau hari ini telah selamat tiba di Malaysia bersama barisan kejurulatihan dan pemain Kelantan selepas perlawanan Riau menentang Kelantan dibatalkan.

Menerusi muat naik terbaru Ultras Riau, mereka ingin Zamsaham bertanggungjawab di atas pembatalan perlawanan tersebut.

Advertisements

“Kami mendesak Presiden Club PSPS Riau Nurizam Tukiman untuk bertanggung jawab dalam ke kisruhan yang terjadi.

“Dalam waktu 3×24 jam tuntutan tidak di realisasikan, kami akan boikot dan tutup semua usaha nurizam tukiman.” Jelas Ultras Riau menerusi muat naik di Instagram @curvanord1955_official.

PSPS Riau bagaimanapun menangkis beberapa tuduhan dibuat Ultras Riau berkaitan hutang dan gaji pemain PSPS Riau dan menjelaskan segala hutang telah langsai dan gaji pemain turut dibayar seperti biasa.

Advertisements

Berdasarkan muat naik terbaru di Instagram PSPS Riau, turut memberi bayangan kelab di Indonesia tersebut kini memiliki pihak pengurusan baru selepas pemecatan pengurus lama yang ditangkap memasukkan duit jualan tiket ke akaun peribadi individu tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram