‘Songlap’ Duit Kelab, Wakil PSPS Riau Dipecat
Dunia
Psps Riau
Advertisements

Situasi tegang yang melanda sebahagian penyokong PSPS Riau akibat perlawanan menentang Kelantan FC yang dibatalkan telah menyebabkan mereka menuntut wang tiket perlawanan dikembalikan.

Peka dengan situasi tersebut, pemilik kelab Liga 2 Indonesia tersebut iaitu Norizam Tukiman dalam satu kenyataan telah pun memberi jaminan bahawa wang tersebut akan dipulangkan kepada para penyokong yang sudah membeli tiket bagi aksi perlawanan persahabatan itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat melakukan pemulangan semula wang tiket itu kerana wang tersebut difahamkan tidak dipegang oleh PSPS Riau.

Advertisements

“Pemulangan wang masih tidak dapat dilakukan kerana pungutan wang tiket itu dibuat oleh jawatankuasa pelaksana (Panpel) yang dipilih oleh pasukan PSPS Riau.”

“Namun begitu, dia sudah dipecat,” katanya Zamsaham dalam satu kenyataan.

Zamsaham yang ditemui di lobi Hotel Arya Duta itu menjelaskan bahawa yang dipecat itu ialah Edward Riansyah atau dikenali sebagai Edu.

Advertisements

Beliau juga menyatakan bahawa individu tersebut telah pun menyelewengkan dana kelab untuk tujuan peribadi.

Tambah Norizam, pihaknya masih memikirkan tindakan lanjut untuk bekas pengurus kelab itu.

“Disebabkan semua urusan yang dikendalikannya sebelum ini masih dalam perolehan, ia masih belum dikembalikan kepada kami,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, laporan sama mengatakan Edu yang juga wakil pengurus pasukan PSPS Riau berjanji bahawa bayaran balik itu dapat diproses pada Khamis.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram