Ultras Selangor Kembali
MakanBola
Selangor FC

Kelab penyokong tegar Selangor FC yang lebih dikenali sebagai Ultras Selangor (UltraSel) kembali mewarnai kancah liga tempatan.

Selepas tercetusnya insiden perarakan di atas jambatan angkat (drawbridge) di Kuala Terengganu ketika hari perlawanan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada awal bulan ini, UltraSel kembali menghangatkan suasana dengan memberikan sokongan padu kepada The Red Giants.

Ultras Selangor (UltraSel) sebelum ini digantung selama tiga perlawanan, bermula 8 hingga 22 Februari 2026. Penggantungan tersebut melibatkan dua aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC serta satu perlawanan Liga Super Malaysia bertemu Kuching City FC susulan insiden yang berlaku sebelum aksi menentang Terengganu.

Dalam perkembangan berkaitan, individu yang terlibat dengan kes dadah di Kuala Terengganu turut dikenakan hukuman larangan memasuki stadium selama tiga tahun sebagai langkah tegas menjaga keselamatan dan imej bola sepak tempatan.

Kembalinya UltraSel jelas menyuntik semula semangat juang pasukan, sekali gus memperkukuh sokongan padu yang sentiasa diberikan penyokong setia The Red Giants di stadium.

Ultras Selangor kembali memberikan sokongan ketika aksi minggu ke-19 Liga Super membabitkan Selangor FC dan Melaka FC yang berlangsung di Stadium Hang Jebat pada Sabtu, 28 Februari.

Keputusan akhir aksi Liga Super minggu ke-19 di Stadium Hang Jebat pada Sabtu menyaksikan Melaka dan Selangor terikat seri tanpa jaringan, sekali gus menyebabkan Gergasi Merah akur berkongsi satu mata dengan pasukan tuan rumah.