Nama bintang muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi sekali lagi menjadi sebutan peminat bola sepak Asia.
Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai bintang muda yang layak diangkat sebagai Bintang Masa Depan NEOM Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Selain Arif, Ali Jasim (Air Force Club), Faisal Al Ghamdi (Al-Ittihad), Zafarmurod Abdirakhmatov (FC Nasaf), Kim Jeong-hoo (Jeonbuk Hyundai Motors) dan Asahi Uenaka (Yokohama F. Marinos) turut tersenarai.
Nama Arif dipilih Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam senarai bintang berkenaan kerana menunjukkan impak positif kepada JDT di peringkat kumpulan.
Meskipun Harimau Selatan gagal layak ke pusingan 16 pasukan terbaik, sentuhan kemas dan penyudah klinikal yang dimiliki pemain sayap berusia 22 tahun itu memikat hati penyokong.
Buktinya, dua gol yang disumbangkan Arif Aiman untuk JDT apabila menewaskan kelab Thai League 1, BG Pathum United 4-2.
Peminat bola sepak negara masih berpeluang untuk mengundi Arif sebagai Bintang Masa Depan NEOM ACL. Ini kerana undian ini masih berlangsung sehingga jam 10.00 malam hari ini.
Penyokong negara boleh mengundi Arif dengan menekan pautan yang disediakan di bawah. Ketika ini, beliau berada di tangga ketiga dengan 11%.
Al-Ghamdi dan Jasim berada di tangga pertama dan kedua undian selepas masing-masing menerima 45% dan 36%. Penyokong boleh mengundi menerusi pautan di sini.