Urawa Red Diamonds Masih Belum Menang
Dunia
Urawa Red Diamonds
Advertisements


Pasukan gergasi Liga Jepun, Urawa Red Diamonds terus dihurung malang apabila mereka terus buntu untuk mencatatkan kemenangan dalam saingan Liga Utama Jepun.

Skuad kendalian Ricardo Rodriguez ini turun dengan misi terdesak untuk memperoleh kemenangan selepas mencatatkan 6 keputusan seri sebelum ini.

Mereka juga turun dengan barisan pemain terbaik yang dimiliki dalam usaha untuk mengekang cabaran yang dibawa oleh Kashima Antlers yang berada di tangga kedua.

Advertisements

Sungguhpun beraksi dengan cukup baik, mereka jelas gagal memberi impak seperti yang diharapkan walaupun berjaya menguasai permainan.

Urawa mencetak gol menerusi pemain pertahanan tengah, Alexander Scholz ketika pasukan pelawat telah mendahului permainan seawal minit ke-6 menerusi Arthur Caike.

Keputusan seri yang diraih ini menyaksikan mereka telah mencatatkan 7 seri berturut-turut dalam saingan liga sekaligus menyebabkan mereka kini terpelosok di tangga ke-14 selepas 14 perlawanan.

Advertisements

Prestasi kurang memberangsangkan ini juga telah menyebabkan mereka ketinggalan 16 mata dengan pendahulu liga, Kawasaki Frontale yang jelas berada pada kelas tersendiri.

Ini juga jelas memberi tamparan yang cukup hebat ketika mereka bakal berdepan cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan ACL, Ogos nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram