J1 League: Urawa Reds Lunyai Dikerjakan Nagoya
Dunia
Nagoya Grampus
Advertisements

Pertembungan antara pasukan Urawa Red Diamonds menentang Nagoya Grampus menyaksikan kejutan berlaku apabila Urawa Reds tumpas dengan keputusan 3-0.

Aksi ini bermula dengan cukup baik pada awalnya sungguhpun pasukan tuan rumah kelihatan lebih selesa mengawal permainan.

Menjelang minit ke-26, barisan pertahanan Urawa Reds seakan terlena apabila gerakan mudah untuk menyelinap masuk ke dalam kawasan penalti berjaya dilakukan sebelum satu hantaran lintang rendah dilakukan.

Advertisements

Ini membawa kepada jaringan pembukaan perlawanan yang disudahkan oleh Taguya Shegihiro.

Anak buah Ricardo Rodriguez seakan tidak mendapat rentak terbaik dalam perlawanan ini apabila sekali lagi dihukum oleh barisan serangan Nagoya Grampus.

Advertisements

Kesilapan hantaran yang dilakukan oleh pertahanan pelawat dihukum menerusi satu serangan balas pantas sebelum Mateus menjaringkan gol kedua pasukan.

Kedukaan ini jelas membelenggu para pemain Urawa Reds apabila mereka sekali lagi dibolosi untuk gol ketiga Nagoya menerusi Kensuke Nagai.

Advertisements

Percaturan untuk membawa masuk muka baharu ke dalam padang jelas tidak memberi impak yang diharapkan kepada pasukan sekaligus mencatakan kekalahan pertama selepas 8 perlawanan tanpa tewas.

Ini juga memberi tamparan yang sangat hebat kepada juara dua kali ACL ini alabila mereka bakal turun menentang JDT pada 18 Ogos ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram