Urawa Reds Tersungkur
Asia
J League
Advertisements

Jaguh Jepun, Urawa Reds menerima tamparan hebat apabila tewas di pentas final beberapa hari sebelum aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan Pohang Steelers.

Pasukan gergasi Asia itu mara ke pentas akhir J League Cup berdepan Avispa Fukuoka namun gagal memanfaatkan peluang apabila tewas dengan keputusan 2-1.

Perlawanan yang menjadi detik penting buat bintang Thailand, Ekanit Panya menggalas tugas pada aksi getir ini tidak kesampaian apabila Urawa Reds tewas.

Advertisements

Dua gol awal pada babak pertama nyata sudah mencukup untuk menutup peluang anak didik Maciej Skorża merangkul trofi berprestij tersebut.

Hal ini memburukkan lagi perjalanan pasukan yang kini bersaing di ACL dan akan berdepan Pohang Steelers pada 8 November 2023.

Advertisements

Pertemuan sebelum ini menyaksikan Pohang Steelers berjaya merekodkan kemenangan 2-0 di gelanggang lawan sekaligus memberi tamparan terhadap perjalanan ACL Urawa Reds.

Juara bertahan ACL ini berada di tangga kedua Kumpulan J dengan 4 mata selepas tiga perlawanan selain perlu menang baki aksi untuk layak ke pusingan kalah mati.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram