Prestasi Memukau JDT Lonjak AFC MA Ranking Malaysia Pintas Australia

JDT MA Ranking 1 Prestasi Memukau JDT Lonjak AFC MA Ranking Malaysia Pintas Australia
Johor Southern Tigers
Nik Faris @nikfalovic
9:50am 08/11/2023

Persembahan berkelas tinggi yang diperagakan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) telah memastikan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia kembali ke landasan terbaik.

Pasukan kendalian Tano Solari memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas juara Korea, Ulsan Hyundai.

Skuad Harimau Selatan juga ketika ini sudah pun menang dua perlawanan dan tewas dua aksi namun kemenangan ke atas jaguh Korea itu telah meletakkan Malaysia kembali ke landasan sebenar.

Malaysia Naik Ke Tangga 11 Di Asia

Kejayaan bermakna JDT memastikan kedudukan Malaysia dalam carta AFC MA Ranking naik ke tangga 11 di Asia menurut kemas kini terbaru oleh Footy Rankings.

Kedudukan ini juga akan bertambah baik sekiranya dua wakil Malaysia di pentas Piala AFC, Terengganu dan Sabah merekodkan kemenangan pada aksi yang berlangsung tidak lama lagi.

Malaysia Pintas Australia, Kini Ke-5 Di Asia Timur

Kedudukan semasa menyaksikan Malaysia kembali memintas posisi Australia untuk menghuni tangga ke-5 carta MA Ranking di Asia Timur.

Hasil purata mata oleh JDT, Terengganu dan Sabah memberikan tambahan +3.222 mata kepada Malaysia untuk menjadikan mata keseluruhan menjadi 28.340 mata.

Malaysia bagaimanapun dipisahkan agak jauh dengan negara di tangga ke-4 iaitu Thailand (45.879), China di tangga ke-3 (52.097) mata.

@fariszukeiman

Jaringan Akhyar Rashid pastikan Ulsan Hyundai tumbang kepada JDT. 🔥 Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #JDT #AkhyarRashid #Johor #johordarultakzim #jdtvsulsanhyundai #ACL

♬ DJ MALAM PAGI VIRAL TIKTOK TERBARU – Andre Work

Kedudukan terkini juga membolehkan Malaysia memperoleh satu slot automatik ke saingan ACLE dan juga ACL2 tahun 2025/2026.