Usain Bolt Akui Kini Mengah Naik Tangga
MakanBola
Usain Bolt

Legenda olahraga dunia, Usain Bolt yang pernah dilabel “manusia terpantas di dunia” kini berdepan dengan realiti usianya yang mencecah 39 tahun.

Ini selepas legenda sukan Jamaica itu mendedahkan beliau merasa mengah setiap kali menaiki tangga.

Hal ini membuatkan Bolt teringin untuk berlari semula bagi menjaga kesihatannya terutama dari segi pernafasan.

“Tidak, saya selalunya melakukan senaman di gimnasium. Saya bukan peminat tetapi saya fikir selepas saya berehat lama, saya perlu mula berlari semula,” katanya kepada akhbar The Guardian.

“Ini kerana bila saya menaiki tangga, saya rasa mengah. Saya fikir bila saya mula membina kecergasan semula, saya mungkin perlu melakukan (larian) beberapa pusingan untuk memastikan saya bernafas dengan betul.”

Bolt turut mendedahkan perancangannya membawa tiga cahaya mata beliau menyaksikan Kejohanan Olahraga Dunia seterusnya di Beijing, China dalam tempoh dua tahun.

Bolt memiliki tiga anak iaitu Olympia Lightning (5 tahun) serta pasangan kembar Saint Leo dan Thunder (4 tahun).

Claim Money Packet TnG