Ads
VAR ‘Lumpuh’ Pada Aksi Sri Pahang & Kelantan DN
Liga Super
Kedah Darul Aman FC

Aksi pertama Liga Super 2024/25 antara Sri Pahang dan Kelantan Darul Naim menyaksikan VAR tidak dapat digunakan seperti yang dirancang.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang itu menyaksikan hasrat untuk melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak dapat digunakan.

Advertisements

Hal ini susulan terdapat masalah teknikal yang menyebabkan VAR tidak dapat digunakan pada perlawanan ini.

Advertisements
Advertisements

Sistem VAR sebelum ini telah digunakan di Stadium Temerloh dan berjaya berfungsi dengan baik dalam aksi pra-musim namun semuanya tidak berlangsung seperti yang dirancang.

Saingan musim baharu ini menyaksikan penggunaan kali pertama VAR dalam kancah bola sepak tempatan dengan MFL telah membelanjakan sekitar RM5-6 Juta untuk membawa masuk teknologi ini ke Malaysia.

Advertisements

Usaha murni MFL selaku pengelola Liga Malaysia wajar diberi pujian terutamanya untuk membantu pengadil perlawanan dalam membuat keputusan semasa aksi berlangsung.

Advertisements

Penggunaan VAR bagaimanapun berjalan lancar pada aksi pertama antara PDRM dan Kedah Darul Aman di Stadium Selayang, petang ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram