Advertisement
Vietnam ‘Ajar’ Cara Tewaskan Syria
Asia
MakanBola
Qiang Huy

Pasukan gergasi Asia tenggara, Vietnam memberikan pengajaran terbaik kepada Malaysia yang akan berdepan cabaran Syria, September ini.

Vietnam yang kini menghuni tangga ke-95 dunia dilihat menjadi pasukan yang cukup digeruni di rantau ini selepas mencatatkan beberapa keputusan yang memberangsangkan menentang lawan yang lebih sukar.

Anak didik Phillipe Troussier beraksi dengan cukup cemerlang dalam beberapa perlawanan persahabatan tier 1 terakhir selepas merekodkan kemenangan ke atas Hong Kong dan Syria.

Aksi yang berlangsung pada bulan Jun lalu menyaksikan juara dua kali Piala AFF edisi 2008 dan 2018 ini berada pada prestasi yang cukup memukau untuk menundukkan cabaran pasukan ke-94 dunia yang kini dibimbing oleh Héctor Cúper.

Vietnam mencatatkan kemenangan 1-0 hasil jaringan pemain sayap lincah, Tuan Hai Pham pada minit ke-49.

Golden Dragon juga berjaya mengekang asakan bertali arus dari trio jentera serangan berbisa Syria yang diketuai oleh Mahmoud Al-Mawas, Alaa Al-Dali dan Yassin Samiah.

Malaysia pula akan berhadapan dengan Syria dan China bagi aksi persahabatan bulan September ini sebagai salah satu medan persiapan ke Qatar.

Kali terakhir Harimau Malaya berdepan Syria adalah pada tahun 2017 dalam satu aksi persahabatan dan tewas dengan keputusan 2-1.