Vietnam Dah Jumpa Pengganti Park Hang-seo
Dunia
AFC
Advertisements

Vietnam dilihat tidak perlu masa yang lama bagi mencari pengganti sesuai buat Park Hang-seo sebagai jurulatih skuad kebangsaan negara itu. Difahamkan, pengendali berpengalaman dari Perancis, Philippe Troussier akan mengambil alih tugas tersebut.

Berita tersebut telah diketahui oleh sumber yang merupakan bekas pembantu Troussier ketika kedua-dua mereka berkhidmat di Vietnam sebelum ini. Pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.

Troussier bukanlah nama yang asing buat sukan bola sepak di Vietnam selepas beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal Pusat Latihan Bola Sepak PVF di Vietnam sejak Mac 2018. Dalam tempoh 2019-2021, beliau telah mengetuai pasukan Vietnam B19 memenangi tiket ke Kejohanan AFC B19 2020, namun kejohanan tersebut dibatalkan gara-gara Covid-19.

Advertisements

Menurut laporan dari, TheThao, Troussier dikatakan akan menerima kontrak dua tahun dengan klausa tambahan satu tahun lagi kontrak. Kontrak itu dijangka akan ditandatangani pada Februari ini dan Troussier dilaporkan akan menerima gaji lebih tinggi dari bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo.

Dalam kerjaya kejurulatihannya, beliau pernah membimbing beberapa pasukan kebangsaan seperti Ivory Coast, Nigeria, Qatar dan Maghribi. Selain itu beliau juga pernah menjadi pengarah teknikal untuk kelab Jepun, FC Ryukyu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram