Vietnam dijangka menampilkan skuad berbeza menjelang pertemuan menentang Malaysia, Mac ini.
Pasukan bimbingan Kim Sang-sik kini menduduki tangga kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 dengan 12 mata, tiga mata dipisahkan dengan pendahulu, Malaysia.
Misi berbeza bakal menjadi buruan Vietnam dengan hanya juara kumpulan sahaja bakal layak ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi.
Bintang Pahlawan Emas bagaimanapun dijangka tampil dengan skuad berbeza dalam misi meraih tiga mata di laman sendiri.
Kepulangan penyerang naturalisasi, Nguyen Xuan Son bakal memberikan tonik tambahan kepada Vietnam. Hal ini susulan beliau terlepas aksi menentang Malaysia, Jun lalu ekoran kecederaan jangka panjang.
Bukan itu sahaja, Vietnam yang juga menduduki tangga ke-108 di dunia berdasarkan kemas kini ranking FIFA bakal diperkuat dengan kehadiran tonggak naturalisasi terbaru, Patrik Le Giang.
Penjaga gol berusia 32 tahun itu sudah memiliki kerakyatan Vietnam setelah lima tahun beraksi di V-League dari Slovakia.
Berdasarkan prestasi semasa, Vietnam menang empat daripada lima perlawanan terakhir sementara Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski mencatatkan tiga kemenangan dalam tiga aksi terakhir.
Pertemuan antara Malaysia dan Vietnam dijadual berlangsung di Stadium Thien Truoung, Nam Dinh pada 31 Mac 2026.