Advertisement
Visi Al-Hafiz Harun Dipuji Penyokong, Berjaya Cipta Dua ‘Assist Mahal’
Dunia
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kemenangan bergaya Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kuala Lumpur City FC (KL City) dengan jaringan 3-2 pasti mekar di ingatan para penyokong Kedah.

Beraksi selaku tuan rumah, Kedah menunjukkan aksi yang sangat meyakinkan dengan bertukar-tukar hantaran-hantaran pendek dan berjaya mengawal permainan dengan memegang penguasaan bola.

Dalam kemenangan tersebut, nama Al-Hafiz Harun mula disebut-sebut oleh segelintir penyokong Kedah sebagai salah seorang pemain yang menyerlah pada malam tersebut.

Pemain berumur 27 tahun dan berketinggian 165 cm itu sangat rajin menggerakkan serangan serta berjaya melakukan ‘killer pass’ di mana dua diantaranya adalah bantuan gol untuk Syafiq Ahmad dan Fayadh Zulkifli.

Rata-rata penyokong Kedah sangat mengagumi ‘workrate’ dan visi yang dimiliki Al-Hafiz. Malah segelintir penyokong Kedah mahu pihak pengurusan mengikat pemain ini seketat-ketatnya untuk satu tempoh yang lebih panjang.

Untuk rekod, nama Al-Hafiz pernah mendapat panggilan skuad kebangsaan tahun lalu ketika Tan Cheng Hoe menjadi pengendali. Namun, beliau tidak berpeluang untuk beraksi. Beliau pastinya berpeluang dipanggil semula pengendali baharu Harimau Malaysia, Kim Pan-gon jika terus mempamerkan aksi konsisten bersama Kedah musim ini.

Lihat dua bantuan gol dari Al-Hafiz Harun kepada Syafiq Ahmad dan Fayadh Zulkifli DI SINI.