Vokal Hebat Taiki Kagayama Ketika Menyanyi Tular
Hiburan
Sabah FC / IG Hanafietokyo
Advertisements

Selain bermain besama Sabah FC, Taiki Kagayama juga sebenarnya berbakat dalam nyanyian. Baru-baru ini, rakan sepasukan Taiki di Sabah, Hanafie Tokyo telah berkongsi momen Taiki menyanyikan lagu popular di Jepun dan Malaysia.

Lagu yang popular itu merupakan lagu tema kartun Doraemon yang sangat popular di Jepun dan Malaysia sekitar tahun 90an sehingga kini. Taiki dilihat tidak kekok menyanyikan lagu tersebut sambil diberikan sokongan daripada rakan-rakan yang lain.

Selain Taiki beberapa pemain Sabah yang lain turut dilihat membuat persembahan nyanyian di pentas yang sama seperti Ummareng dan Maxsius Musa.

Advertisements

Taiki merupakan pemain Sabah musim ini. Selepas tamat musim ini, Taiki sudah diturunkan dalam 30 perlawanan. Beliau berjaya meleda lima gol dan menghasilkan tiga bantuan gol. Dengan kekerapan beliau diturunkan, ianya sekali gus membolehkan Taiki mengumpul 2511 minit permainan.

Pemain-pemain Sabah seharusnya berbangga dengan persembahan mereka musim ini selepas menamatkan Liga Super di tempat ketiga, layak ke suku akhir Piala FA dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia. Krisis kecederaan pasukan Sabah juga sangat merisaukan ketika Piala Malaysia sedang berlangsung.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram