Wajah Baharu Selangor Bakal Diketahui 26 Julai
MakanBola
Selangor FC

Wajah baharu Selangor FC untuk menghadapi musim 2025/26 dijangka diketahui pada Julai ini.

Perkara ini dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon bila ditanya tentang persiapan pasukan itu.

Johan memaklumkan pengurusan Merah Kuning kini dalam proses akhir memuktamadkan barisan anak buah Katsuhito Kinoshi.

“Buat masa sekarang, kita masih dalam proses akhir untuk memuktamadkan semua perincian (perancangan pasukan). Kita akan umumkan skuad pada hari tersebut (26 Julai), kita akan perkenalkan jersi baharu.

“Dan kita pun ada aktviti-aktiviti semasa perlawanan tersebut. Dan beberapa aktiviti sampingan akan berlaku pada hari tersebut. Mungkin akan ada juga cenderamata khas yang kita akan keluarkan untuk perlawanan tersebut.

“Butiran-butiran itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat di media sosial Selangor FC,” katanya dalam sidang media aksi persahabatan antara Selangor dan Asia Warriors baru-baru ini.

Selangor dikaitkan dengan beberapa orang pemain. Antaranya pemain sayap Venezuela, Juanpi dan penyerang Buriram United dari Brazil, Chrigor Moraes.