“Walaupun Sikit, Keputusan Pengadil Tepat”- Razman Roslan
ACL
Astro Arena
Advertisements

Lagenda bola sepak negara, Razman Roslan merasakan bahawa keputusan pengadil untuk memberikan sepakan penalti kepada JDT adalah tepat.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan skuad Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 4-1 di laman sendiri.

Baca Lain: Selangor ‘Top 10’ Di Asia

Advertisements

Aksi ini bagaimanapun diserikan dengan sepakan penalti yang diberikan kepada JDT selepas tandukan Bergson singgah di tangan pemain BG Pathum, Danilo Alves.

Pengadil perlawanan memutuskan untuk melihat kepada ulang tayang VAR sebelum membuat keputusan untuk memberikan sepakan penalti.

Pemain kelahiran Brazil itu juga dilayangkan kad kuning kedua sekaligus menyebabkan lawan terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Advertisements

Menurut pemerhatian Razman, keputusan yang dibuat itu amat tepat sungguhpun ulang tayang memaparkan keadaan yang kelihatan 50:50 namun keputusan muktamad pengadil memberikan sepakan penalti dianggap wajar.

“Jika kita lihat daripada situasi tersebut dan juga ulang tayang pengadil juga mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.”

“Kita pun pada awalnya menjangkakan tidak kena tetapi berdasarkan gerakan perlahan, baru kita lihat. Walaupun sikit tetap diberikan penalti, bagi saya satu keputusan yang tepat oleh pengadil perlawanan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

JDT merakamkan kemenangan 4-1 di laman sendiri untuk mengakhiri saingan di tangga ketika kumpulan sementara BG Pathum gagal mencatat sebarang mata pada saingan kali ini.

Video: JDT vs BG Pathum United

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram