Wan Jamak: Kalau Pecat Cheng Hoe, Itu Bukan Satu Tindakan Yang Bijak
Dunia
Wan Jamak
Advertisements

Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan hari ini tampil mengulas tentang perkembangan semasa skuad Harimau Malaya. Bekas pengendali Negeri Sembilan itu berpendapat adalah satu tindakan yang kurang bijak buat pengurusan FAM memecat Cheng Hoe disebabkan kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala AFF.

“Saya rasa kalau nak pecat Cheng Hoe itu bukan satu tindakan yang baik. Sebab kita perlu lihat pemain yang dibawa Cheng Hoe adalah pemain yang sama dan orang menguruskan pasukan adalah pengurusan yang sama.”

“Jadi kenapa nak salahkan Cheng Hoe sahaja, semua pihak kena terlibat dengan kegagalan ini. Kalau bila kalah kita asyik buang jurulatih, jadi bila masa kita mahu perbaiki kesalahan kita,” ujar Wan Jamak kepada Sinar Harian.

Advertisements

Mengulas lanjut, Wan Jamak menegaskan bahawa pembangunan bola sepak amat penting dalam kemenjadian sesebuah pasukan utama. Sebagai contoh skuad Vietnam, Thailand dan Indonesia yang kini berjaya mempamerkan aksi yang mantap ketika bermain

“Kalau kita lihat sebenarnya pasukan seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia tidak ada banyak beza. Apa yang membezakan antara ketiga-tiga pasukan itu dengan skuad kebangsaan kita adalah pembangunan bola sepak.”

Wan Jamak juga menyatakan kerisauan terhadap skill individu serta kebolehan yang ada pada para pemain Malaysia ketika ini. Jelasnya kita sebenarnya kekurangan individu yang mampu bermain di attacking third dengan baik.

“Sekarang kelemahan yang ketara pada pemain Malaysia adalah dari segi skill individu. Sebab itu kita agak susah untuk mendapatkan gol terutamanya di attacking third kerana kekurangan skil individu.”

Advertisements

Malaysia tidak berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir Piala AFF setelah menamatkan kempen peringat kumpulan di kedudukan ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram