Wan Kuzain Bertemu Lionel Messi
Eropah
kuzain7
Advertisements

Pemain ST Louis City 2, Wan Kuzain Wan Kamal bertemu bintang sensasi dunia, Lionel Messi.

Dalam satu perkongsian video pendek, Kuzain bertemu Messi pada aksi suku akhir Leagues Cup 2023, ketika Inter Miami menumpaskan Charlotte. Messi yang kini menjadi ayam tambatan berjaya membantu pasukannya layak ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Charlotte dengan keputusan 4-0.

Kuzain yang hadir bersama rakannya sempat meminta Messi untuk meninggalkan tandatangan diatas sehelai jersi. Keterujaan itu telah dikongsikan Kuzain di laman IG Story miliknya pada semalam.

Advertisements

Difahamkan, rakan Kuzain yang bersamanya itu berkhidmat sebagai Pembantu Admin di Charlotte FC.

Kuzain yang kini beraksi di saingan MLS Next Pro sedang memulakan kempen dengan baik bersama pasukan. Beliau baru-baru ini telah membantu pasukan mencatat nama sebagai penjaring.

Advertisements

Kuzain dan St. Louis City 2 bakal menentang Minnesota United FC 2 dalam aksi MLS Next Pro, hari ini 13 Ogos 2023 di Stadium Saint Paul City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram