Impak Wan Kuzain Terus Membara di Amerika Syarikat
Dunia
kuzain7
Advertisements

Pemain bola sepak berdarah Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal terus memberi impak besar kepada pasukannya, St. Louis City 2 dengan membantu mereka membenam Real Monarch 4-0 dalam aksi MLS Next Pro hari ini.

Selain membantu St. Louis City 2 meraih tiga mata, Kuzain turut menyumbat gol keempat pasukan itu. Itu menjadikannya gol keempat beliau dalam 10 perlawanan.

Selain itu, pemain tengah berusia 25 tahun ini sudah merekodkan empat bantuan gol dalam saingan MLS Next Pro musim ini.

Advertisements

Kuzain pada awalnya tidak diturunkan dalam kesebelasan utama oleh jurulatih pasukan, Bobby Thomas. Selepas melihat kedudukan St. Louis City 2 sudah selesa di hadapan, beliau dimasukkan pada babak kedua bagi memperkukuh bahagian tengah.

Percaturan Thomas berhasil apabila Kuzain menyumbat gol keempat pada minit ke-89 sekaligus menceriakan para penyokong St. Louis City 2. Video gol tersebut turut dikongsikan oleh akaun X Harimau Abroad.

Advertisements

Selepas ini, Kuzain dan St. Louis City 2 bakal menentang Minnesota United FC 2 dalam aksi MLS Next Pro seterusnya pada 13 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram