Dunia
Malaysia U22
Advertisements

Pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal kembali mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila beliau dilihat mempertahankan adiknya, Wan Kuzri.

Hal ini susulan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang melaporkan bahawa jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara, Brad Maloney masih terbuka untuk mengambil mana-mana pemain yang dirasakan mampu untuk menguatkan lagi pasukan.

Pasukan muda negara bakal menempuh ujian terbesar apabila bakal melalui kejohanan Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada Jun tahun hadapan di Uzbekistan.

Advertisements

Tambahan pula, nama-nama yang dinyatakan seperti Sharul Nazeem Zulpakar, Danial Asri selain penyerang muda negara yang berkelana di Jepun, Hadi Fayyadh juga masih boleh beraksi bersama pasukan muda negara.

Namun begitu, terdapat satu pandangan di ruangan komen yang menyatakan bahawa adiknya yang kini beraksi bersama pasukan Akron Zips yang berpangkalan di Amerika Syarikat hanya sebaris dengan bakat muda yang dimiliki dalam negara.

Ini menimbulkan reaksi Kuzain selaku abang yang sentiasa memberi sokongan moral kepada adiknya untuk terus maju dalam kerjaya bola sepaknya.

Advertisements

Beliau hanya meninggalkan emoji yang menunjukkan reaksinya yang agak kurang senang dengan komentar tersebut.

Sungguhpun Kuzri telah pun dipanggil untuk menjalani latihan bersama pasukan negara, namun terdapat beberapa masalah yang menyebabkan beliau tidak dapat menyertai senarai akhir yang dibawa ke Mongolia baru-baru ini.

Wan Kuzain 1 Bakat Adik Dipersoal, Respon ‘Nakal’ Wan Kuzain Curi Perhatian
Twitter: Wan Kuzain

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram