Pemain tengah Malaysia, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal semakin menyesuaikan diri bersama pasukan baharunya, Sporting JAX.
Ini selepas pasukan USL Championship itu mengikat Rhode Island FC 1-1 dalam aksi terbaru liga pada Ahad.
Selepas tewas 3-0 kepada Hartford Athletic dalam aksi pertama liga pada 8 Mac lalu, anak buah Liam Fox berharap dapat bangkit bila menentang Rhode Island.
Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Rhode Island mendahului menerusi Logan Dorsey pada minit ke-79.
Pemain baharu Sporting JAX, Rafferty Pedder memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 menerusi gol penyamaan lima minit selepas itu.
Kuzain beraksi selama 59 minit dalam kesebelasan utama sebelum dikeluarkan. Sporting JAX turut beraksi dengan 10 pemain apabila bekas pemain Liverpool, Jordan Rossiter dibuang padang pada minit akhir permainan.
Kuzain dan Sporting JAX berharap dapat meraih tiga mata pertama apabila bertemu Miami FC pada 26 Mac.
Beliau menjadi sebahagian daripada pendatang baharu USL Championship itu selepas meninggalkan kelab MLS Next Pro, St. Louis City 2 pada akhir tahun 2025.