Advertisement
Wan Kuzain Pamer Kualiti Penyudah Tahap Tinggi Di Amerika Syarikat
Dunia
MakanBola
Kuzain7

Pemain Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wak Kamal sekali lagi mencuri perhatian menerusi jaringannya yang membantu kemenangan berharga St Louis.

Bintang sensasi berusia 24 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh barisan kejurulatihan apabila berada dalam skuad utama St Louis 2.

Beliau terus mempamerkan kualiti yang diharapkan apabila berkelana sepanjang kariernya di pentas bola sepak Amerika Syarikat.

Dalam aksi berdepan San Jose Earthquakes ll, bekas pemain Kansas City ini telah menyelamatkan maruah pasukannya apabila menjaringkan satu gol yang cukup cantik.

Kuzain mempamerkan ketenangan dalam aksinya apabila memainkan peranan selaku perancang tengah.

Gol terhasil menerusi satu gerakan tersusun sebelum larian pemain lincah ini meluru masuk ke dalam kotak penalti berjaya menerima hantaran cantik rakan sepasukan.

Beliau tidak menunggu lama untuk melepaskan satu rembatan pada minit ke-64 untuk gol penyamaan pasukan.

Gol tersebut bagaimanapun masih tidak dapat menyelamatkan St Louis City 2 apabila tewas menerusi sepakan penalti.

San Jose berjaya mencatatkan kemenangan menerusi sepakan penalti dengan keputusan 4-2.

Perkembangan ini sudah pasti menjadi detik penting buat pemain ini yang sudah pun meledak gol ketiganya musim ini sungguhpun prestasi pasukannya masih kurang memberangsangkan.

St Louis City SC 2 berada di tangga ke-19 dengan 24 mata selepas 19 perlawanan, 21 mata dipisahkan dengan tangga teratas liga.

Gol Cantik Wan Kuzain: MLS NEXT Pro