Wan Kuzain bin Wan Ahmad Kamal menerima panggilan Harimau Malaya buat kali pertama.
Ini selepas nama beliau dilihat berada dalam senarai panggilan ke kem Harimau Malaya bagi saingan Asean Hyundai Cup yang dikongsikan Malaysia National Team di semua platform rasmi.
Beliau dijangka merebut tempat dalam kesebelasan utama di posisi tengah bertahan bersama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Ibrahim Manusi, yang turut dipanggil menyertai skuad bagi menghadapi saingan Asean Hyundai Cup 2026.
Beberapa hari lepas, Wan Kuzain telah memberi petanda bahawa beliau bakal menyarung jersi Harimau Malaya buat kali pertama dengan meletakkan sebuah emoji menandakan ‘masa hampir tiba’ meskipun sudah dipanggil ke kem sejak 2019.
Terdahulu, Wan Kuzain telah dikritik oleh beberapa peminat bola sepak tanah air yang mengatakan Wan Kuzain tiada tempat bersama skuad kebangsaan Malaysia.
Namun disebalik kritikan yang diterima Wan Kuzain, terdapat ramai peminat yang memberikan sokongan kepada pemain tengah Sporting Jax berusia 27 tahun itu untuk menyarung jersi Malaysia.
Wan Kuzain & Malaysia bakal membuka tirai perlawanan Asean Hyundai Cup 2026 pada 25 Julai ini dengan menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon.